Wednesday, 9 December 2015

BENTUK PENCEMARAN




Bentuk pencemaran

Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi
·         Pencemaran udara, iaitu pembebasan bahan kimia berbahaya atau benda asing lain ke dalam atmosfera. Contoh-contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida,sulfur dioksidaklorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industri.
·         Pencemaran air, seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomena eutropikasi, hingga mengubah kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik.
·         Pencemaran tanih, iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanih, sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.
·         Pencemaran radioaktif, iaitu pelepasan bahan radioaktif ke dalam alam sekeliling.
·         Pencemaran bunyi yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri, biasanya melebihi 80 dB.
·         Pencemaran bau bermaksud satu perbuatan yang boleh mencemarkan alam sekeliling dengan bau yang tidak disenangi sehingga memberikan kesan negatif kepada haiwan dan manusia.
·         Pencemaran cahaya yang disebabkan penyinaran (iluminasi) lebihan, lazimnya di bandar besar.
·         Pencemaran terma, iaitu perubahan suhu akibat kegiatan manusia, seperti penggunaan air sebagai bahan pendingin dalam jana kuasa elektrik.
·         Pencemaran visual, iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam. Ia termasuk sampah terbiar dan papan iklan.

No comments:

Post a Comment